Sunday, February 24, 2013

Air selusuh

Ada terbaca dalam sebuah majalah. Air selusuh yang terbaik adalah disediakan oleh suami. Boleh start minum 30 minggu ke atas 2 kali sehari. (Bergantung kepada individu bila waktu terbaik utk minum). hehe... en suami... tlg buatkan ye...

Jadi aku copy, paste & share jela dari blog http://doamommyutkmu.blogspot.com/ ye cara-cara penyediakan air selusuh untuk memudahkan bersalin melalui bacaan-bacaan al-quran. Caranya macam nak buat air yasin mengaji depan air.

Penyediaan air selusuh

1. Al-Fatihah
*bacaan bertajwid {link}


(1) Dengan menyebut nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
(2) Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam
(3) Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
(4) Yang menguasai hari pembalasan
(5) Hanya kepada engkaulah kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan
(6) Tunjukkanlah kami jalan yang lurus
(7) (iaitu) jalan orang-orang yang telah Engkau anugerahkan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat.


2. Selawat Syifa
*bacaan bertajwid {link}


Ya Allah, berilah rahmat ke atas penghulu kami, Nabi Muhammad SAW yang dengan berkat baginda, engkau menyembuhkan hati-hati, menjadi penawar dan menyihatkan tubuh badan juga memberikan kesembuhan penyakit serta mengurniakan cahaya penglihatan dan kurniakanlah juga rahmat keberkatan dan kesejahteraan ke atas keluarga dan sahabat baginda.


3. Al-Hashr; ayat 21-24.




(21) Sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini kepada sebuah gunung, pasti kamu akan melihatnya tunduk terpecah belah disebabkan takut kepada Allah. Dan perumpamaan-perumpamaan itu Kami buat untuk manusia agar mereka berfikir.
(22) Dialah Allah, tiada ada Tuhan selain Dia. Mengetahui yang ghaib dan yang nyata, Dialah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.
(23) Dialah Allah, tiada ada Tuhan selain Dia, Maha Raja yang Maha Suci, yang Maha Sejahtera, yang menjaga keamanan, pemelihara keselamatan, yang Maha Perkasa, yang Maha Kuasa. Yang Memiliki segala keagungan. Maha suci Allah dari apa yang mereka persekutukan.
(24) Dialah Allah yang Menciptakan, yang mengadakan, yang membentuk rupa, Dia memiliki nama-nama yang indah. Apa yangdi langit dan di bumi bertasbih kepada-Nya. Dan Dialah yang Maha Perkasa, Maha Bijaksana.

4. Ayat selusuh


Ya Allah, dengan hak Maryam, juga hak hamba yang diturunkan kepadanya surah Maryam, ringankanlah daripadanya (NAMA ISTERI) penderitaan bersalin bagi isteriku, dengan rahmatmu wahai Tuhan yang amat mengasihani dari segala-galanya.


5. Al-Insyiqaq; ayat 4-5


(4) dan memuntahkan apa yang ada di dalamnya dan menjadi kosong
(5) dan patuh kepada Tuhannya, dan sudah semestinya patuh.


6. An-Nazi'at; ayat 46.


Pada hari ketika mereka melihat hari kiamat itu (kerana suasananya hebat), mereka merasa seakan-akan hanya (sebentar saja) tinggal (di dunia) pada waktu petang atau pagi hari.


7. Ayat selusuh

Ya Allah, dengan hak Maryam, juga hak hamba yang diturunkan kepadanya surah Maryam, ringankanlah daripadanya (NAMA ISTERI) penderitaan bersalin bagi isteriku, dengan rahmatmu wahai Tuhan yang amat mengasihani dari segala-galanya.


8. Ayat permudah

Ya Allah, permudahkanlah dan jangan kau sukarkan isteriku kerana engkaulah yang maha memudahkan, segala yang susah adalah mudah bagimu, ya Allah, sempurnakanlah dengan kebaikan, dengan rahmatmu, ya arhamarrahimin.

Semoga Allah permudahkan semuanya. Kita hanya ikhtiar & berusaha, yang lain berserah pada Di Atas. : ) 

Saturday, February 23, 2013

Panduan Solat Taubat



Terbaca dalam sebuah buku, bagi wanita hamil, sujud bermanfaat untuk mempertahankan kedudukan benar janin dalam rahim... bahkan jika kedudukan janin songsang atau melintang, gerakan sujud ini dapat membantu mengubah dan mengembalikan kedudukan janin secara benar.

Bila dikaitkan amalan membaca Doa Nabi Yunus dengan solat sunat, saya dapati Doa ini dibaca dalam sujud terakhir sambil memohon keampunan daripada Allah.

Doa Nabi Yunus ini juga elok dibaca oleh ibu hamil bagi memudahkan proses kelahiran... 

Jadi x salah rasanya jika kita amalkan melakukan solat taubat ini, disamping membaca Doa Nabi Yunus... Semoga dipermudahkan oleh-Nya... amin.....
 

Cara melaksanakan solat taubat :
 
Cara melaksanakan solat taubat ini sama dengan solat biasa, iaitu setelah berwuduk dengan sempurna, lalu berdiri di tempat yang suci dengan menghadap kiblat;
  • Waktu melakukan Solat Taubat – Pada bila-bila masa sahaja jika kita merasakan telah berbuat dosa (kecuali waktu makruh tahrim untuk melakukan solat)*. Sebaik-baiknya ialah pada 2/3 malam (kira-kira jam 2.00 pagi ke atas), semasa Qiyamullail.

  • Lafaz NIAT


    أصَلِّي سُنَّةَ التَوبَةِ رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ
    Ertinya "Sahaja Aku Solat Sunat Taubat 2 rakaat kerana Allah Ta'ala"

  • Rakaat PERTAMA - Dengan membaca (disunatkan membaca doa Iftitah) kemudian Surah Al-Fatihah. Selepas itu bacalah Surah Al-Kafirun:    .

:     atau mana2 ayat atau surah dalam Al-Quran.

  • Rakaat KEDUA-  Membaca surah Al-Fatihah. Selepas itu bacalah Surah Al-Ikhlas sebanyak 3 kali. Kedua-dua Surah  (Surah Al-Kafirun dan Surah Al-Ikhlas) adalah sunnah Rasulullah SAW: 

:   atau mana2 ayat atau surah dalam Al-Quran.


  • Semasa sujud akhir rakaat kedua, ucapkanlah Doa Nabi Yunus sebanyak 40 kali (bersungguh-sungguh di dalam hati memohon keampunan dari Allah Ta’ala):
  • لَّا إِلَٰهَ إِلَّا أَنتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنتُ مِنَ الظَّالِمِينَ
    Ertinya:
    Tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau (daripada   melakukan aniaya, tolongkanlah daku)!  Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menzalimi   diri sendiri
  • Selepas salam, perbanyakkan Istighfar  sebanyak 100 kali atau yang semampunya,
أسْتَغْفِرُ اللّهَ الْعَظِيمَ الَّذِي لا إلَهَ إلَّا هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّومُ
وَ أتُوبُ إلَيْكَ
Ertinya:
Aku mohon keampunan ya Allah, yang tiada Tuhan melainkan Dia Yang Maha Hidup Lagi Maha Mengurus, Aku bertaubat kepada-Nya.
  • Selepas itu bacalah tasbih memuji Allah SWT 100 kali atau yang semampunya,
الْعَظِيمَ  سبحان الله
Ertinya:
Maha Suci Allah Yang Maha Agong.
  • Selepas itu bacalah:
لاَ إِلَـهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ،
 لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرُ
Ertinya:
Tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Allah Yang Maha Esa, 
tiada sekutu bagi-Nya, bagi-Nya kerajaan, bagi-Nya segala puja. 
Dialah yang menghidupkan 
(orang yang sudah mati atau memberi roh janin yang akan dilahirkan) 
dan yang mematikan. Dialah Yang Maha Kuasa atas segala sesuatu.
- Atau Istighfar sebagaimana berikut (Tiada had);


 الْعَظِيمِ  بِاللَّهِ   إِلَّا   قُوَّةَ   وَلَا  حَوْلَ لَا
Ertinya: 
 "Tiada keupayaan (untuk mentaati perintahMu) dan tiada kekuatan (untuk menjauhi laranganMu) melainkan dengan keizinan Allah yang Maha Agong".



- Ataupun dengan istighfar dan taubat yang ringkas ini:


اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي وَتُبْ عَلَيَّ

Ertinya:
"Ya Allah, ampunilah aku dan terimalah taubatku"





  • Akhir sekali berdoalah dengan cara yang mudah mengikut kemampuan atau dengan Penghulu Istighfar sebagaimana berikut:
اللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّي لّا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ، خَلَقْتَنِي وَأَنَا عَبْدُكَ،


 وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَا اسْتَطَعْتَ،


 أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتَ،


 أَبُوءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ،


 وَأَبُوءُ بِذَنْبِي فَاغْفِر لِي فَإِنَّهُ لَا يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا أَنْتَ

Ertinya: 
“Ya, Allah Engkaulah Tuhanku, Tidak ada Tuhan selain Engkau, Engkaulah yang menjadikan aku. Sedang aku adalah hamba-Mu dan aku di dalam genggaman-Mu dan di dalam perjanjian setia ( beriman dan taat ) kepada-Mu sekuat mampuku. Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan yang telah ku lakukan. Aku mengakui atas segala nikmat yang telah Engkau berikan kepada ku dan aku mengaku segala dosaku. Maka ampunilah aku. Sesungguhnya tidak ada yang dapat mengampuni segala dosa kecuali Engkau.”
Cara mengerjakan Solat Sunat Taubat di atas adalah sekadar panduan dan maklumat kepada yang memerlukan. Namun rujuklah kepada para ustaz mahu pun ustazah yang berdekatan agar dapat mengerjakan Solat Sunat Taubat dengan sesempurnanya. Ilmu yang perlu dipelajari hendaklah diperolehi secara berguru. Bukan berguru dengan ustaz-ustazah Google. Mudah-mudahan Solat Taubat yang dikerjakan akan diterima oleh Allah SWT, Insyallah.  Tidak ada solat sunat taubat ringkas atau panjang sebagaimana yang didakwa oleh sesetengah pihak. 


Wallahua'lam.

Friday, February 22, 2013

Bengkak pada kaki dan tangan (oedema)

huhu... awat la kaki ku ibarat 'BIG FOOT'... 2 3 org dah kwn2 tegur... kasut pun kena beli baru... jari 2 tangan pun makin gebu... montok2 belaka...

hari ni genap 32 minggu ( 8 bulan ).. mcm kejap jer rasa... x sabar nak tunggu bb ni kuar... ( hehe, bb gerak2 ). rutin setiap malam sebelum tido. sapu minyak hangat kat kaki. susub bantal untuk wat lapik tinggikan kaki. hehe... konon jer. bila dh lena bantal ntah ke mana, kaki aku ntah ke mana... kalo ado en. suami mesti dia tlg betulkan kaki aku... ohh en. suami... saya rindu la...

ok... kembali ke cerita kaki bengkak... hasil menggoogle... ni ada ckit info tentang kaki bengkak n cara mengatasinya...

sila2 la baca....   tq.

Mengapa buku lali dan jari kaki saya bengkak?

Apa yang anda alami ini dipanggil oedema, iaitu keadaan di mana badan anda menyimpan terlalu banyak cecair. Ia berlaku akibat terdapatnya darah berlebihan dalam badan anda kerana anda hamil.

Apabila bayi anda semakin membesar, uterus (rahim) anda memberi tekanan kepada saluran darah di pelvis. Ini khususnya menjejaskan salur darah besar yang menerima darah daripada anggota badan bahagian bawah. Salur darah yang dipanggil vena kava bawah ini terletak pada bahagian kanan badan. Tekanan yang diterimanya menyebabkan peredaran darah di bahagian itu menjadi perlahan dan mengakibatkan darah terkumpul.

Tekanan daripada darah yang terkumpul ini memaksa air turun dan keluar melalui salur darah kecil (kapilari) masuk ke dalam tisu-tisu pada tapak kaki dan buku lali. Biasanya, air ini akan diserap oleh badan. Kadang kala, wanita hamil juga menyimpan lebih banyak air daripada biasa, dan ini menambahkan lagi kebengkakan.

Anda mungkin mendapati kebengkakan ini lebih teruk pada waktu petang dan malam, dan lega sedikit pada waktu pagi setelah anda tidur sepanjang malam. Menjelang petang, anda mungkin dapat lihat jika anda tekan kulit di sekitar buku lali, kulit itu tidak menganjal dan serta-merta kembali kepada keadaan asalnya. Menjelang penghujung kehamilan, tangan anda juga mungkin menjadi bengkak dan cincin yang anda pakai akan terasa ketat.

Malangnya, oedema semasa hamil adalah perkara biasa, terutamanya dalam trimester ketiga. Di antara 50 dan 80 peratus wanita hamil yang sihat akan mengalaminya. Cuaca panas seperti di negara kita juga memburukkan lagi keadaan ini.

Walau bagaimanapun, jika anda mengalami bengkak yang teruk pada muka, tangan atau tapak kaki, jumpalah doktor anda. Ini mungkin salah satu tanda pra-eklampsia, iaitu satu keadaan yang serius bagi anda dan bayi.

Apakah yang boleh saya lakukan untuk mengurangkan bengkak?

Ubat-ubatan jenis diuretik tidak sesuai digunakan semasa hamil. Ubat-ubatan jenis ini membuatkan buah pinggang mengeluarkan air dan sodium supaya anda kerap membuang air dan menghapuskan cecair yang berlebihan dengan cara itu. Anda boleh mencuba cara-cara lain untuk mengawal kebengkakan:

  • Naikkan kaki bila-bila anda boleh, untuk membantu melancarkan peredaran darah. Jika di tempat kerja, letakkan bangku kecil atau kotak di bawah meja anda. Di rumah pula, cubalah baring mengiring ke kiri, kerana ini boleh mengurangkan tekanan pada vena kava bawah.
  • Elakkan duduk atau berdiri terlalu lama tanpa berehat. Dan jangan cuba menyilang kaki semasa duduk.
  • Pakailah seluar stoking sokongan (support tights) sebelum anda bangun dari katil pada waktu pagi supaya darah tidak berpeluang berkumpul di sekeliling buku lali. Jika ini tidak berjaya, tanyalah ahli farmasi atau doktor mengenai stoking tekanan (compression stockings).
  • Minum banyak air. Yang peliknya, mengekalkan hidrasi dapat membantu badan anda mengurangkan penyimpanan air berlebihan.
  • Bersenam selalu, terutamanya berjalan, berenang, atau dengan menggunakan basikal senaman.
  • Jika anda membuat perjalanan jauh, berhentilah dengan kerap untuk meregangkan kaki.
  • Makan makanan berkhasiat, dan elakkan makanan yang tinggi kandungan sodium dan garam seperti kacang masin, jeruk sayuran, telur masin dan ikan kering.
  • Jika kulit anda tidak terlalu tegang dan sakit, anda boleh minta seseorang untuk mengurut buku lali dan tapak kaki anda, hingga ke lutut. Ini boleh membantu mengalihkan cecair keluar daripada tapak kaki.
Ingatlah, walaupun buku lali anda yang bengkak ini mungkin tidak menyelesakan, keadaan ini adalah sementara sahaja. Ia akan hilang sejurus anda melahirkan.

Sunday, February 3, 2013

Zikir mudah bersalin


Moga kita semua dipermudahkan segalanya.. :)

Ini adalah zikir yang Ros amalkan semasa pregnant Auni and dalam labour room :) Simple and senang nak ingat :P



-MULA-




1. Al-Abasa : 20


"Kemudian jalannya dimudahkan"


2. Al-Anbia' : 87-89 (surah nabi yunus)


"Sesungguhnya tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau (daripada melakukan aniaya, tolongkanlah daku)! Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menganiaya diri sendiri"

Friday, February 1, 2013

Doa Ketika Kandungan Berumur 7 Bulan

Salam... Doa ini saya dapat dari buku "SEINDAH NAMA semurni pekerti" tulisan Ustaz Sharhan Safie.
Antara doa amalan yang saya baru saje mula amalkan memandangkan kandungan saya dah masuk 29 minggu ++. Harap berguna juga untuk semua.

  1.  " Ya Allah, jagalah anak dalam kandunganku, berilah ia kesihatan, Engkau lah Dzat Yang Memberi kesihatan, tiada ubat selain dari-Mu. Kesembuhan yang cepat dan tidak meninggalkan penyakit. Engkau lah sebaik-baik Dzat untuk meminta. Ya Allah, berilah muka yang tampan dan cantik kepada anak dalam kandunganku ini, dan tetapkanlah hatinya untuk beriman kepada-Mu dan Rasul-Mu. Ya Allah, keluarkanlah ia dari kandunganku ketika tiba waktunya dengan mudah dan selamat, tanpa ada halangan, dan semoga Engkau jadikan ia anak yang bermanafaat bagiku di dunia dan akhirat. Amin"

     

  2. " Ya Allah, sebagaimana Engkau menerima doa Nabi Muhammad SAW, maka terimalah doaku. Ya Allah, jagalah anak yang engkau keluarkan dari dunia yang gelap (kandungan) ke dunia yang terang, dan semoga Engkau jadikan ia seorang anak yang sihat, sempurna, berakal, lemah lembut, cerdas, alim,mengamalkan ilmunya, berkah, dan boleh menjaga firman-firman-Mu yang mulia (Al-Quran). Ya Allah, berilah ia umur yang panjang, sihat badannya, baik akhlaknya, fasih lisannya, bagus suaranya kerana membaca Al-Quran dan hadiths Nabi, dengan kedudukan Nabi Muhammad SAW, dan segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam."

Friday, January 25, 2013

Hospital checklist: Persediaan ibu bakal bersalin

Sekadar info utk dikongsi bersama. Sesuai utk ibu2 yang bakal melahirkan bayi. Antara persediaan yang perlu disiapkan sebelum melangkah ke hospital adalah seperti berikut:

:: Senarai keperluan bayi ::
  • 6 keping baby diapers/pampers
  • 4 pasang baju bayi
  • 1 paket baby wipes/wet tissue
  • 1 helai tuala mandi bayi
  • 4 pasang stokin & sarung tangan bayi
  • 4 helai barut bayi
  • 1 set peralatan mandian bayi (baby bath, syampoo, losyen, bedak)
  • 3 helai selimut/bedung bayi
  • 1 botol minyak telon
  • 1 helai topi
Antara baby stuff”s yang telahpun ku sediakan utk dibawa ke hospital nnt..

:: Senarai keperluan isteri/ibu ::
  • telefon bimbit
  • 1 pek maternity pad
  • 5 helai baju/blouse
  • 2 pasang stokin tebal
  • 3 helai kain batik
  • 5 helai seluar dalam/maternity bra
  • 4pcs breast pad
  • 2 helai tudung/skaf/ki
  • 1 helai tuala mandi
  • 1 set peralatan mandian (berus gigi, sabun, syampoo, ubat gigi, sikat)
  • 1 pasang selipar
  • 1 helai baju sejuk
  • 1 beg plastik (utk baju kotor)
  • 1 termos air panas + makanan/minuman (air masak/milo/susu/horlick/buah kurma/biskut/roti)
  • 1 botol air zam zam
  • 1 botol air/minyak selusuh
  • 1 botol minyak angin
  • kamera digital
  • bahan bacaan/magazine 

:: Senarai keperluan yang perlu dibawa oleh suami/bapa ::
  • kad lawatan klinik/hospital/buku merah
  • kad pengenalan isteri/suami
  • GL (bg yg bekerja government)
  • surat rujukan doktor (bg yg bekerja swasta)
  • surat nikah
  • duit
Special thanks to my dearest husband, mother in law n father in law. Semalam bershopping2 di Manjaku, Bangi. Kebanyakan barangan baby dah hampir complete. Tinggal  barangan untuk ummi ni blm complete lg...

Friday, December 28, 2012

Rancangan Pengajaran Tahunan

salam,
rata-rata semua cikgu akan bertungkus lumus waktu ni mencari RPT sebelum buka sekolah ni kan. saya pun macam tu gak. lebih2 lagi nak cari yang versi BM ni. jadi saya pautkan di sini RPT untuk :

MATEMATIK TAHUN 3 KSSR

MATEMATIK TAHUN 4 VERSI BM


harap berguna untuk semua.... hehe... ni je yang saya perlukan... jadi ini jer la yang saya linkkan....