Sunday, November 25, 2012

Doa, Zikir dan Amalan semasa mengandung

Antara zikir dan doa yang disuruh mengamalkannya ialah:


1.
“ Ya Tuhan kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat ( anak ) yang baik sempurna (tidak cacat ). Sesungguhnya Engkau sentiasa mendengar dan menerima rayuan dan doa hamba Mu”
2.
“ Tiada Tuhan yang disembah melainkan Engkau ( Allah ), maha Suci Engkau Ya Allah, sesungguhnya aku termasuk di kalangan orang-orang yang zalim.
3.
“ Tuhanku berilah kepadaku ( seorang anak) dari anak-anak yang soleh”
Dan apabila saat hampir bersalin bacalah doa ini:
4.
“ Allah telah mencukupi segala sesuatu bagiku dan sebaik-baik yang ku serah diri kepada Allah”
Untuk memudahkan bersalin digalakkan pula membaca ayat kursi,
Kemudian pula :
5.
 “ Bahawasanya Tuhanku, ialah Allah yang telah menjadikan langit dan bumi dan yang diantara keduanya di dalam enam hari kemudian Dia bersemayam atas Arasy. Dia memasukkan malam ke dalam sarang yang mencarinya dengan cepat.
Matahari, bulan dan bintang semuanya ditundukkan dengan perintah-Nya. Ketahui olehmu, Allah yang mempunyai pencipta dan suruhan. Maha Mulia Allah Tuhan semesta alam.
Seterusnya perbanyakkan membaca tasbih ini:
6.
 Maha Suci Allah
7.
 
Aku Pohon ampun kepada Allah
Sentiasa membaca doa ini :
8.
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْمِ
   أُعِيْذُهُ بِالوَاحِدِ الصَّمَدِ مِنْ شَرِّ كُلِّ ذِى حَسَدٍ
Maksudnya : Aku berlindung akannya dengan pertolongan Tuhan yang Esa yang ditumpu segala kehendak kepadaNya daripada sekalian yang mempunyai dengki
* Sekurang-kurangnya dibaca sebanyak 10 kali setiap kali lepas solat 5 waktu
9.Surah Al-Ansyiqaq
10.Sentiasa membaca surah Maryam.
11.Surah An-Nahl: ayat 78-80
[78] Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dengan keadaan tidak mengetahui sesuatupun dan Dia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (akal fikiran); supaya kamu bersyukur.
Ayat-ayat doa ni telah dicopy paste daripada blog orang lain... hehe... thanks kawan....

Saturday, November 24, 2012

S.U.S.U

alkisahnya... aku mmg suka minum susu. lbh2 lg kalau susu nespray... sebab dah mengandung ni en.hubby telah belikan aku susu khas untuk ibu mengandung. ini dia...
DUMIL MAMA

 tapi minta maaf ye en.hubby. xleh nk telan. xtau apsal. ada org kata sedap. rasa vanilla tp tekak aku mengembang tiap kali minum susu ni.

selepas dipujuk rayu en.hubby telah mencarikan susu lain pulak.

taadaaaa.......



baru seminggu try susu ni. alhamdulillah... boleh diterima tekak ni. tp yang perisa coklat la... hehe... bancuh lak pekat2... sedap2.....

untuk ibu mengandung.... cuba2 la cari susu yang sesuai untuk diri anda. untuk para suami... sabo la dengan keluhan isteri....




Friday, November 23, 2012

Supplement untuk ibu hamil

Folic acid... sesuai jugak untuk para isteri yang mahu hamil. Sebagai persediaan pada tubuh badan. Aku dah lama makan ubat ni... P amik kat klinik kesihatan jer. tapi kalau nak beli kat farmasi murah jer...
Ini vitamin yang aku dapat dari klinik desa yang aku buat check up selalu. Free & dah masuk 4 botol dah aku dapat. 1 hari sebiji jer aku makan.

































Thursday, November 22, 2012

Tanda-tanda awal kehamilan....

YESS... aku dh tau nk tulih apa kat blog aku nie... waktu wat blog ni x fkr pun nk tulih apa...

sekadar nk berkongsi pengalaman dan copy paste mana2 maklumat yang aku rasa berkaitan dgn diri aku...

nk story pasal keje aku tgh cuti... mmm... kita berkongsi ckit maklumat tntang pengalaman mengandung... ok gak kan. aku pun pengalaman mengandung kedua. anak pertama. yang mengandung pertama aku keguguran... sbb kali ni dah lbh 4 bulan baru aku berani nk cerita lebih-lebih.

so, untuk ibu-ibu yang baru nak menerima kehadiran cahaya mata di sini saya nak kongsi cikit tanda-tanda awal kehamilan... 

Dibawah terdapat beberapa tanda awal kehamilan. Anda mungkin mengalami sebahagian daripadanya atau tiada langsung!

1. Rasa lapar yang berpanjangan

Juga terjadi pada orang yang tidak hamil tetapi lebih kerap terjadi pada awal kehamilan. Jangan bergantung sepenuhnya kepada tanda ini tetapi sekiranya ia berlaku disamping tanda-tanda kehamilan yang lain, bersiap-sedialah untuk membilang hari anda.

2. Perubahan pada warna di sekliling payudara

Sekiranya kulit disekitar puting anda menjadi kehitaman, kemungkinan anda sudah pun beberapa minggu mengandung. Walaubagaimanpun, ia juga terjadi disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon tidak berkaitan dengan kehamilan atau disebabkan kandungan yang terdahulu.

3. Kerap membuang air kecil

Sekiranya janin sudah mula terbentuk dan rahim yang semakin membesar mula menekan pundi kencing anda, anda akan mersa kerap untuk buang air.

4. Merasa tidak bermaya

Rasa seperti tiada tenaga sepanjang masa? Hormon yang dikeluarkan di masa awal kehamilan boleh membuatkan anda berasa letih dengan cepat. Rasa letih dan tidak bermaya adalah sesuatu yang kerap terjadi di awal kehamilan.

5. Sakit dan tegang pada buah dada

Sekiranya anda mengandung, buah dada anda akan menjadi semakin sakit pada sentuhan, agak serupa dengan ketidakselesaan yang terjadi pada buah dada anda sebelum haid. Apabila badan sudah menjadi biasa dengan kejadian hormon ini, kesakitan akibat ketegangan akan menjadi semakin berkurangan.

6. Pendarahan implantasi dan senak pada ari-ari

Lebih kurang 8 hari selepas ovulasi, anda mungkin akan mengalami sedkit pendarahan dari faraj dan senak pada ari-ari akibat dari implantasi. Anda juga mungkin mengalami keadaan yang sama semasa pada sekitar masa anda sepatutnya datang haid hari pertama.

7. Rasa loya dan muntah

Sekiranya anda bernasib baik, morning sickness ini tidak akan menyerang, kecuali selepas beberapa minggu hamil. Tetapi segelintir wanita akan mula merasa mual dan rasa luar biasa pada lidah walaupun cuma selepas beberapa hari mengandng.

8. Suhu asas badan tinggi berpanjangan

Sekiranya anda memang sedang membuat pemerhatian dengan mengambil suhu badan asas anda setiap pagi, anda akan mendapati paras susu badan secara konsisten melebihi paras asas sejak dari hari pertama ia naik.

9. Missed period

Sekiranya haid anda teratur sebelumnya dan sekarang ia sudah lewat beberapa hari. Inilah masanya untuk anda menjalani ujian air kencing untuk kehamilan.
Dan akhirnya..

10. Ujian air kencing yang positif

Sekiranya anda sudah beberapa hari ketinggalan haid dan terdapat 2 jaluran pada ujian air kencing, kemungkinan besar anda sudah mengandung. Jumpalah doktor untuk kepastian dan...

...Tahniah!

Aku cuma ada 8 tanda-tanda jer... yg no.6 dan 8 x de lak... hah... kalau nk wat ujian air kencing tu seeloknya pagi-pagi. kencingan yang pertama... hehe... bukan apa baru la 2 jalur tu nampak jelas n terang. kalau x blur2 jer...

Wednesday, November 21, 2012

19 minggu....

Pejam celik pejam celik.... dah 19 minggu usiamu...

Sepatutnya aku dah dapat rasakan pergerakan... tapi buat masa ni blm dapat rasa apa2 lagi... Risau?... ada la rasa ckit x la sampai melampau2 paniknya... mungkin nak tunggu lagi seminggu dua lagi...

baby umi... x sabar umi nk rasa kehadiranmu sayang....

Tuesday, November 13, 2012

hai....

assalamualaikum... saja suka2... kita berblog la pulak.... hehe....