Friday, December 28, 2012

Rancangan Pengajaran Tahunan

salam,
rata-rata semua cikgu akan bertungkus lumus waktu ni mencari RPT sebelum buka sekolah ni kan. saya pun macam tu gak. lebih2 lagi nak cari yang versi BM ni. jadi saya pautkan di sini RPT untuk :

MATEMATIK TAHUN 3 KSSR

MATEMATIK TAHUN 4 VERSI BM


harap berguna untuk semua.... hehe... ni je yang saya perlukan... jadi ini jer la yang saya linkkan....

Monday, December 17, 2012

Gerakan bb yang pertama

al-hamdulilah... pagi ni aku dapat rasa sedikit pergerakan bb. 22 weeks 4 days... hehe. mungkin sebelum ni mmg bb dah gerak cuma ku jer x perasan. rasa macam pergerakan angin dalam perut. mula2 mcm confius gak. tp bila kerap rasa yang sama baru aku confirm bb ni mmg bergerak.
syukur ke hadrat Ilahi....

Kita minum dulu....

Salam... 12/12/12... birthday my hubby tersayang. :) sory sayang tahun ni x kasi hadiah... anyway tarikh ni gak aku n hubby ke hosp. al-zahrah. appoinmt jumpa doktor n minum air gula.
uweek... hehe... ni kebanyakan komen yang aku dapat bila aku cari maklumat tentang minum air gula ni. al-hamdulillah... aku steady jer minum air gula. ceh, berlagak... sepatutnya aku kena p klinik desa untuk minum air gula ni. tetapi memandangkan aku di n9. nak balik ipoh rasa cam bazir jer. so, atas nasihat keluarga d sini aku wat apoinmnt kat hosp. al-zahrah. sekali check up bulanan. lgpun teringin nak tanya doc apsal lum rasa lagi bb gerak2. hmm...
untuk minum air gula ni kena pose start 12.00 tgh malam. no eating n drinking k. sok pg kul 8 dah sampai klinik daftar nama misi pun check darah aku. 6.2. alamak. " Puan... bacaan gula dah lepas border... puan puasa ke x? misi tanya. spttnya x leh lebih dari 6.0. pas tu dia kasi aku air gula 1 mug. aik.. jernih jer. aku ingat dapat la yang berperasa. hmm,, xpelah. kena abiskan dalam masa 5-10 minit. Ngilu gusi aku. mungkn sbb gusi aku berdarah 2 minggu ni.. adoi... al-hamdulillah.. abis gak. pas 2 jam kena mail blk. check bacaan gula lagi. 7.4.. ok. sib baik bawah 8.0... selamat....
pastu aku jumpa m.o. check up biasa. pastu dia scan. bb ok. saiz pun ok. aku tanya pasal blm dapat rasa bb gerak. doktor kata spttnya dah ptt ada rasa. tp berdasarkan scan bb hidup n gerak2 kan tangan lg time dia scan... ok la tu.... dia print gambo terus kasi kat hubby. hadiah besday.. haha...

Friday, December 7, 2012

Pergerakan bayi anda semasa kehamilan

Bilakah pertama kali saya merasakan pergerakan bayi saya?

Sensasi pergerakan lemah lembut bayi yang dirasai pada peringkat awal kehamilan merupakan satu saat yang amat penting bagi anda. Dan apabila pergerakan lemah ini berubah menjadi tendangan-tendangan kuat, anda akan pasti bahawa kehamilan anda berkembang dengan sempurna.

Jika anda sedang hamil buat kali pertama, anda mungkin tidak akan menyedari bila masanya bayi anda mula bergerak, sebab anda belum pernah mengalami sensasi pergerakan tersebut. Sebenarnya, ramai wanita menyatakan bahawa pergerakan awal itu menyerupai denyutan yang lembut dan halus.

Bagi kehamilan pertama, anda mungkin mula menyedari pergerakan ini antara minggu ke-18 dan minggu ke-20. Bagi kehamilan seterusnya, di mana anda sudah dapat mengenali petanda tertentu, pergerakan ini akan disedari lebih awal lagi, iaitu antara minggu ke-15 dan minggu ke-18.

Apakah yang bayi dalam kandungan buat di dalam itu?

Sebaik saja pergerakan awal dirasai, yang dikatakan seakan-akan kupu-kupu mengibaskan sayap, anda akan mula sedar bahawa sensasi tersebut menjadi lebih kuat dan berlaku dengan lebih kerap. Semasa bayi anda sedang membesar, sensasi ini akan berubah dari semasa ke semasa sehinggakan anda mengalami tendangan dan pukulan yang semakin hebat apabila kehamilan anda semakin maju dan matang.

Bayi anda tidak akan menendang dan bergerak sepanjang masa sebab, seperti kita juga, ada masa-masanya ia hanya mahu berehat dan tidur walaupun untuk 40 minit sahaja setiap kali. Tetapi, anda merasakan bahawa tempoh rehat bayi itu lebih panjang dari itu sebab anda tidak dapat merasa dan mengesan setiap pergerakan.

Untuk makluman anda, berikut diberikan sedikit panduan tentang apa yang akan berlaku kepada bayi anda semasa ia sedang membesar dalam kandungan.

Dari minggu ke-20 hingga ke-24

Aktiviti bayi anda akan bertambah perlahan-lahan dari minggu ke minggu. Pada minggu ke-20, dan selama 10 minggu berikutnya, bayi anda akan melalui perkembangan yang amat giat di mana ia akan banyak menendang dan berpusing-pusing.

Dari minggu ke-24 hingga ke-28

Bayi anda akan mula tersedu, dan inilah sebabnya anda kadang-kala mengalami pergerakan tersentak-sentak. Sak amnion (ketuban) anda pada masa ini mengandungi cecair sebanyak 750ml yang membolehkan bayi bergerak secara bebas.

Walaupun bayi telah lama dapat mendengar bunyi, baru sekarang anda mendapati bahawa bayi tersentak apabila mendengar bunyi-bunyian yang mengejutkan.

Pada minggu ke-29

Bayi anda akan mula membuat pergerakan jarak kecil yang lebih mantap, disebabkan ia sekarang dalam keadaan agak terhimpit dalam rahim anda.

Pada minggu ke-32

Pergerakan bayi anda berkemuncak pada masa ini, dan pada minggu-minggu berikut anda akan mendapati bahawa kekerapan serta jenis pergerakan semakin bertambah disebabkan bayi anda terus membesar dan menjadi lebih kuat.

Dalam lingkungan minggu ke-36

Pada masa ini, bayi anda akan menetapkan posisinya dengan meletakkan kepala ke bawah. Ini berlaku terutama sekali bagi kehamilan pertama sebab otot-otot abdomen dan rahim anda masih kuat dan dapat mengekalkan kedudukan tersebut.

Pergerakan utama yang anda akan rasakan adalah pukulan tangan dan kaki bayi anda, dan bayi juga akan membuat tendangan kuat dan perit terhadap tulang rusuk anda.

Sekiranya kehamilan ini bukan yang pertama, otot abdomen anda tidak begitu kuat lagi dan oleh itu bayi anda akan sering mengubah posisinya sehingga tiba tarikh kelahiran yang dijangkakan.

Baca lebih lanjut mengenai bagaimana tahu bila sudah tiba masa bersalin.

Dari minggu ke-36 hingga ke-40

Badan bayi mula menjadi lebih besar dan pergerakan memusing akan berkurangan. Sekiranya bayi itu menghisap jarinya dan sekiranya terlucut jari itu, anda akan merasakan pergerakan yang pantas dan perit disebabkan pergerakan kepala bayi dari kiri ke kanan dalam usahanya mencari dan mendapatkan jarinya kembali.

Dalam tempoh dua minggu sebelum kelahiran bayi, pergerakannya semakin kurang dan kadar pembesaran bayi juga akan menurun sedikit. Ini semua adalah perkara biasa dan anda tidak perlu bimbang.

Pergerakan dan posisi di peringkat akhir kehamilan

Pada minggu-minggu terakhir, bayi anda akan menetap dalam mangkuk pelvis anda, dan bersiap sedia untuk dilahirkan. (Sekiranya ini tidak berlaku, nasihat lanjut boleh diperolehi tentang bagaimana meletakkan bayi anda dalam posisi optimum untuk kelahiran.)

Kepala bayi anda terasa seakan-akan sebiji tembikai yang menekan kepada lantai pelvis dan membuatkan anda agak berhati-hati semasa hendak duduk.

Apabila kepala bayi menurun lagi ke dalam pelvis anda, anda akan terasa "ringan", disebabkan tekanan yang dahulunya berlaku di bawah tulang rusuk anda tidak begitu kuat lagi.

Pada peringkat ini, anda tidak akan mengalami pergerakan yang dibuat oleh keseluruh badan bayi. Di sebaliknya, anda mungkin mengalami tendangan yang tidak berhenti-henti di bawah tulang rusuk samada di sebelah kiri atau kanan, yang dipengaruhi oleh posisi bayi tersebut. Jika kulit abdomen anda nipis, anda mungkin berpeluang memegang kaki bayi anda.

Ada masa-masanya bayi anda akan diam berehat dan ada masa-masanya anda akan mengalami aktiviti bayi yang berlebihan, lazimnya pada lewat petang atau malam atau semasa anda sedang baring dan hendak tidur!

Berapakah tendangan yang patut saya rasakan dalam satu hari?

Semasa anda sedang sibuk, anda mungkin kurang menyedari pergerakan bayi anda. Anda akan lebih menyedari pergerakan ini semasa anda sedang duduk berehat.

Kajian aktiviti fetus menunjukkan bahawa pergerakan bayi semasa dalam rahim menunjukkan pola berjaga dan tidur yang berlainan. Tiada jumlah tendangan yang boleh dianggarkan secara purata. Namun begitu, setelah sampai ke peringkat akhir dalam kehamilan, anda mungkin sudah mengetahui dan boleh menentukan pola pergerakan bayi anda.

Saya tidak terasa gerakan bayi saya hari ini; patutkan saya bimbang?

Jika anda sibuk melakukan sesuatu, anda mungkin tidak menyedari pergerakan bayi anda. Sekiranya anda mahukan ketenangan fikiran, ada beberapa cara untuk merangsang bayi supaya bergerak:
  • Baring secara mengiring (dengan mengampu punggung) dan jangan bergerak.
  • Angkat kaki ke atas dan relaks.
  • Halakan bunyi musik ke perut anda.
Tidak lama dahulu, wanita dinasihatkan supaya mengesan pergerakan bayi dengan menggunakan carta tendangan fetus. Anda perlu merekod berapa kali pergerakan bayi berlaku sehingga anda mendapat jumlah 10 tendangan, seelok-eloknya pada masa yang sama setiap hari.

Walau bagaimanapun, carta seperti ini telah menjadi kurang popular disebabkan penyimpanan rekod sedemikian mudah dilupai, dan juga didapati sukar untuk memadan dan mengimbangkan pola tendangan tersebut. Ini telah menyebabkan kebimbangan di kalangan wanita berkenaan yang tidak sepatutnya berlaku.

Sebaliknya, fahamilah pola gerakan bayi anda dalam waktu anda berjaga dan sekiranya terdapat sebarang perubahan dalam pola tersebut, hubungilah doktor anda dengan segera.
"Sedang ternanti-nantikan pengalaman pertama merasai pergerakan permata pertamaku ini"

Sunday, December 2, 2012

Tips-Tips Untuk Mengatasi Kaki Bengkak Pada Ibu Hamil




        Pembengkakan kaki merupakan masalah yang sering terjadi pada ibu hamil. Hal itu tentunya sangat mengganggu aktifitas akibat rasa nyeri dan langkah yang terasa lebih berat.
      Edema atau pembengkakan merupakan penimbunan cairan akibat kadar garam atau natrium yang terlalu tinggi dalam tubuh. Natrium bersifat menahan air sehingga kelebihan air di dalam tubuh sukar dikeluarkan kerana terikat oleh ion-ion natrium.


      Pertanyaannya sekarang adalah: bagaimana cara mengatasi kaki bengkak pada ibu hamil seperti itu? 
    
Berikut ini ada beberapa tips untuk mengatasi kaki bengkak pada ibu hamil:

Tips Pertama:
Rajinlah meminum air rebusan (pertama) kacang hijau pada pagi dan sore.
Diamkan air rebusan tersebut hingga hangat-hangat kuku, kemudian minumlah tanpa
dicampur apa pun.

Tips Kedua:
Jalan santai di pagi hari (minimal 30 minit) tanpa menggunakan alas kaki sangat
berguna untuk mengatasi kaki bengkak pada ibu hamil. Pijatan secara langsung
saat berjalan di pagi hari akan sangat membantu melancarkan peredaran darah,
terutama pada bahagian kaki.

Tips Ketiga:
Minum lebih banyak air putih. Mengkonsumsi lebih banyak air putih dapat membantu
mengatasi kaki bengkak pada ibu hamil.

Tips Keempat:
Kurangi mengkonsumsi garam. Jika Anda tidak ingin pembengkakan pada kaki Anda
terus berlanjut, kurangilah mengkonsumsi garam.

Tips Kelima:
Hindari berdiri terlalu lama. Menghindari berdiri terlalu lama, dapat membantu
menghindari kaki bengkak.

Tips Keenam:
Hindari menggunakan sepatu bertumit tinggi. Sebaiknya ibu hamil menghindari
sepatu bertumit tinggi, selain boleh membahayakan keselamatan Anda, seperti
terpeleset. Terlalu sering menggunkan sepatu bertumit tinggi juga memicu kaki
bengkak pada ibu hamil.

Tips Ketujuh:
Mengolesi kaki dengan menggunakan ramuan beras dan kencur yang ditumbuk
halus juga bisa membantu mengatasi kaki bengkak.

Tips Kedelapan:
Jika terjadi pembengkakan, pijatlah kali Anda secara perlahan-lahan menggunakan
baby oil atau baby lotion. Mintalah bantuan pada keluarga atau teman jika Anda
tidak dapat melakukannya sendiri.

Tips Kesembilan:
Jika Anda merasa kelelahan, rendamlah kaki ke dalam air hangat yang diberi garam
dan jeruk. Rendamlah kaki selama 10-15 minit.

Tips Kesepuluh:
Setiap menjelang tidur, jangan lupa untuk menggerakkan pergelangan kaki 3-9
putaran, baik ke kiri dan ke kanan. Gerakan kaki secara perlahan dan hati-hati
agar kaki Anda tidak terkehel atau cedera. Aktiviti ini akan sangat membantu untuk
merilekskan kaki Anda.

Tips Kesebelas:
Saat tidur, usahakan menyangga kaki lebih tinggi dari kepala. Anda boleh mengganjal
kaki dengan 2-3 tumpukan bantal. Hal ini dapat membantu melancarkan peredaran
darah pada kaki Anda.

Tips Kedua Belas:
Jika Anda mengalami pembengkakan yang serius, kompres kedua kaki
menggunakan air dingin. Caranya, celupkan handuk ke dalam air dingin, lalu peras.
Bebatkan handuk dingin pada kedua betis Anda.

 Selamat mencuba dan semoga bermanfaat

Sunday, November 25, 2012

Doa, Zikir dan Amalan semasa mengandung

Antara zikir dan doa yang disuruh mengamalkannya ialah:


1.
“ Ya Tuhan kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat ( anak ) yang baik sempurna (tidak cacat ). Sesungguhnya Engkau sentiasa mendengar dan menerima rayuan dan doa hamba Mu”
2.
“ Tiada Tuhan yang disembah melainkan Engkau ( Allah ), maha Suci Engkau Ya Allah, sesungguhnya aku termasuk di kalangan orang-orang yang zalim.
3.
“ Tuhanku berilah kepadaku ( seorang anak) dari anak-anak yang soleh”
Dan apabila saat hampir bersalin bacalah doa ini:
4.
“ Allah telah mencukupi segala sesuatu bagiku dan sebaik-baik yang ku serah diri kepada Allah”
Untuk memudahkan bersalin digalakkan pula membaca ayat kursi,
Kemudian pula :
5.
 “ Bahawasanya Tuhanku, ialah Allah yang telah menjadikan langit dan bumi dan yang diantara keduanya di dalam enam hari kemudian Dia bersemayam atas Arasy. Dia memasukkan malam ke dalam sarang yang mencarinya dengan cepat.
Matahari, bulan dan bintang semuanya ditundukkan dengan perintah-Nya. Ketahui olehmu, Allah yang mempunyai pencipta dan suruhan. Maha Mulia Allah Tuhan semesta alam.
Seterusnya perbanyakkan membaca tasbih ini:
6.
 Maha Suci Allah
7.
 
Aku Pohon ampun kepada Allah
Sentiasa membaca doa ini :
8.
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْمِ
   أُعِيْذُهُ بِالوَاحِدِ الصَّمَدِ مِنْ شَرِّ كُلِّ ذِى حَسَدٍ
Maksudnya : Aku berlindung akannya dengan pertolongan Tuhan yang Esa yang ditumpu segala kehendak kepadaNya daripada sekalian yang mempunyai dengki
* Sekurang-kurangnya dibaca sebanyak 10 kali setiap kali lepas solat 5 waktu
9.Surah Al-Ansyiqaq
10.Sentiasa membaca surah Maryam.
11.Surah An-Nahl: ayat 78-80
[78] Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dengan keadaan tidak mengetahui sesuatupun dan Dia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (akal fikiran); supaya kamu bersyukur.
Ayat-ayat doa ni telah dicopy paste daripada blog orang lain... hehe... thanks kawan....

Saturday, November 24, 2012

S.U.S.U

alkisahnya... aku mmg suka minum susu. lbh2 lg kalau susu nespray... sebab dah mengandung ni en.hubby telah belikan aku susu khas untuk ibu mengandung. ini dia...
DUMIL MAMA

 tapi minta maaf ye en.hubby. xleh nk telan. xtau apsal. ada org kata sedap. rasa vanilla tp tekak aku mengembang tiap kali minum susu ni.

selepas dipujuk rayu en.hubby telah mencarikan susu lain pulak.

taadaaaa.......



baru seminggu try susu ni. alhamdulillah... boleh diterima tekak ni. tp yang perisa coklat la... hehe... bancuh lak pekat2... sedap2.....

untuk ibu mengandung.... cuba2 la cari susu yang sesuai untuk diri anda. untuk para suami... sabo la dengan keluhan isteri....




Friday, November 23, 2012

Supplement untuk ibu hamil

Folic acid... sesuai jugak untuk para isteri yang mahu hamil. Sebagai persediaan pada tubuh badan. Aku dah lama makan ubat ni... P amik kat klinik kesihatan jer. tapi kalau nak beli kat farmasi murah jer...
Ini vitamin yang aku dapat dari klinik desa yang aku buat check up selalu. Free & dah masuk 4 botol dah aku dapat. 1 hari sebiji jer aku makan.

































Thursday, November 22, 2012

Tanda-tanda awal kehamilan....

YESS... aku dh tau nk tulih apa kat blog aku nie... waktu wat blog ni x fkr pun nk tulih apa...

sekadar nk berkongsi pengalaman dan copy paste mana2 maklumat yang aku rasa berkaitan dgn diri aku...

nk story pasal keje aku tgh cuti... mmm... kita berkongsi ckit maklumat tntang pengalaman mengandung... ok gak kan. aku pun pengalaman mengandung kedua. anak pertama. yang mengandung pertama aku keguguran... sbb kali ni dah lbh 4 bulan baru aku berani nk cerita lebih-lebih.

so, untuk ibu-ibu yang baru nak menerima kehadiran cahaya mata di sini saya nak kongsi cikit tanda-tanda awal kehamilan... 

Dibawah terdapat beberapa tanda awal kehamilan. Anda mungkin mengalami sebahagian daripadanya atau tiada langsung!

1. Rasa lapar yang berpanjangan

Juga terjadi pada orang yang tidak hamil tetapi lebih kerap terjadi pada awal kehamilan. Jangan bergantung sepenuhnya kepada tanda ini tetapi sekiranya ia berlaku disamping tanda-tanda kehamilan yang lain, bersiap-sedialah untuk membilang hari anda.

2. Perubahan pada warna di sekliling payudara

Sekiranya kulit disekitar puting anda menjadi kehitaman, kemungkinan anda sudah pun beberapa minggu mengandung. Walaubagaimanpun, ia juga terjadi disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon tidak berkaitan dengan kehamilan atau disebabkan kandungan yang terdahulu.

3. Kerap membuang air kecil

Sekiranya janin sudah mula terbentuk dan rahim yang semakin membesar mula menekan pundi kencing anda, anda akan mersa kerap untuk buang air.

4. Merasa tidak bermaya

Rasa seperti tiada tenaga sepanjang masa? Hormon yang dikeluarkan di masa awal kehamilan boleh membuatkan anda berasa letih dengan cepat. Rasa letih dan tidak bermaya adalah sesuatu yang kerap terjadi di awal kehamilan.

5. Sakit dan tegang pada buah dada

Sekiranya anda mengandung, buah dada anda akan menjadi semakin sakit pada sentuhan, agak serupa dengan ketidakselesaan yang terjadi pada buah dada anda sebelum haid. Apabila badan sudah menjadi biasa dengan kejadian hormon ini, kesakitan akibat ketegangan akan menjadi semakin berkurangan.

6. Pendarahan implantasi dan senak pada ari-ari

Lebih kurang 8 hari selepas ovulasi, anda mungkin akan mengalami sedkit pendarahan dari faraj dan senak pada ari-ari akibat dari implantasi. Anda juga mungkin mengalami keadaan yang sama semasa pada sekitar masa anda sepatutnya datang haid hari pertama.

7. Rasa loya dan muntah

Sekiranya anda bernasib baik, morning sickness ini tidak akan menyerang, kecuali selepas beberapa minggu hamil. Tetapi segelintir wanita akan mula merasa mual dan rasa luar biasa pada lidah walaupun cuma selepas beberapa hari mengandng.

8. Suhu asas badan tinggi berpanjangan

Sekiranya anda memang sedang membuat pemerhatian dengan mengambil suhu badan asas anda setiap pagi, anda akan mendapati paras susu badan secara konsisten melebihi paras asas sejak dari hari pertama ia naik.

9. Missed period

Sekiranya haid anda teratur sebelumnya dan sekarang ia sudah lewat beberapa hari. Inilah masanya untuk anda menjalani ujian air kencing untuk kehamilan.
Dan akhirnya..

10. Ujian air kencing yang positif

Sekiranya anda sudah beberapa hari ketinggalan haid dan terdapat 2 jaluran pada ujian air kencing, kemungkinan besar anda sudah mengandung. Jumpalah doktor untuk kepastian dan...

...Tahniah!

Aku cuma ada 8 tanda-tanda jer... yg no.6 dan 8 x de lak... hah... kalau nk wat ujian air kencing tu seeloknya pagi-pagi. kencingan yang pertama... hehe... bukan apa baru la 2 jalur tu nampak jelas n terang. kalau x blur2 jer...

Wednesday, November 21, 2012

19 minggu....

Pejam celik pejam celik.... dah 19 minggu usiamu...

Sepatutnya aku dah dapat rasakan pergerakan... tapi buat masa ni blm dapat rasa apa2 lagi... Risau?... ada la rasa ckit x la sampai melampau2 paniknya... mungkin nak tunggu lagi seminggu dua lagi...

baby umi... x sabar umi nk rasa kehadiranmu sayang....

Tuesday, November 13, 2012

hai....

assalamualaikum... saja suka2... kita berblog la pulak.... hehe....